Thursday 29 September 2011

Selangkah ke hadapan....

Salam semua!
Minggu ini merupakan minggu yang sgt menyesakkan fikiran.... byk kerja perlu diselesaikan... minit mesyuarat, kertas kerja,RPI, kertas soalan peperiksaan semuanya berlumba2 perlu disiapkan.... tdk lupa juga tgsn sbg pljr juga menuntut perhatian.... kena kuat, kena sabar, kena tabah utk menyiapkan semua tugasan... pengalaman sem1 byk mengajarku erti masa dan pengorbanan..... moga perjalanan sbg seorang pelajar dapat dilalui dengan baik dan aku akan selangkah ke hadapan.......amin..... doaku utk kalian juga....~

Wednesday 28 September 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Semoga dengan anugerah yang diperolehi ini memberi kekuatan kpd ku utk terus berjuang mendidik anak2 P.Khas sehingga akhir hayat.... amin...BarakAllah~

Tuesday 27 September 2011

Lawatan Murid P.Khas ke Beryl's Chocolate









Hari ini Prog.P.Khas Integrasi SK Telok Gadong saya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang coklat Beryl's yg terletak d Sri Kembangan, Serdang. Murid seramai lebih kurang 50orang dan diiringi guru seramai 27 orang juga turut serta PPM (pembantu pengurusan murid) mengikuti lawatan sambil belajar ini. 

Kami dibawa ke destinasi pertama iaitu Kilang Coklat Beryl's yg terletak d Seri Kembangan. Kami di bawa menonton wayang mengenai bagaimana koko diproses menjadi coklat. Kami juga melawat disekitar kilang pemprosesan coklat tersebut. Dengan bau koko yang menusuk hidung, saya dan kawan2 seakan2 tidak sbr utk membeli coklat mahupun buah tangan utk dibawa pulang.

Seterusnya, kami dibawa pula ke Putrajaya. Lawatan sambil belajar ini turut mendedahkan murid2 P.Khas ini tentang tempat yang menarik di sekitar Putrajaya. Kami melawat Masjid Putrajaya, kami bersiar2 di sekitar Cruise Putrajaya dan kami juga sempat menjamu selera makan tengah hari di taman berdekatan dengan masjid di Putrajaya. Pada jam 12.30 tengah hari, kami pulang semula ke sekolah.

Pd pendapat saya, lawatan sebegini hendaklah diadakan setahun sekali utk memberi pendedahan dan peluang kepada murid2 P.Khas mengenali pelbagai tempat menarik di sekitar negeri Selangor mahupun di luar negeri Selangor. Walaupun saya dan rakan2 guru yang lain penat menyediakan pelbagai surat menyurat, memohon pelbagai agensi utk 'sponsor' pjlnn kami, dan pelbagai lagi dugaan yg kami guru2 PPKI, SK Telok Gadong hadapi, perjalanan kami sepanjang lawatan ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah mahupun halangan.....alhamdulillah........

Monday 26 September 2011

Pahit manis sepanjang bergelar guru pendidikan khas

Pejam celik pejam celik dah menjangkau angka ke 10 saya mengajar di bidang pendidikan khas ini...banyak sgt  kenangan manis mahupun pahit dilalui.... pelbagai perasaan dirasai dr saat mula bergelar guru sehinggalah pada hari ini....hebatnya pengorbanan seorang guru tidak ternilai dek sesiapa pun.... tapi, inilah destinasiku.... moga Allah s.w.t memberikan ku kekuatan, kesabaran dan kenikmatan bergelar guru sehingga akhir hayat....amin...buat rakan2 seperjuangan yg bergelar guru, moga kita semua beroleh keberkatan dan kenikmatan didalam profesion perguruan ini........

Friday 23 September 2011

PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN KHASPendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atabiasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!