Thursday, 27 October 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 (Amali P.Jasmani P.Khas)

Salam...n Selamat Hari Deepavali buat semua kaum yg berbangsa India...
Kita jumpa lagi... kali ini saya suka nk share mcmana nk jalankan peperiksaan amali p.khas terutamanya murid2 syndrome down ~ jom kita tgok aksi n gelagat mereka ketika peperiksaan amali dijalankan...~ let's check it out~ smillleeee n happy~

Xde mood nk lompat~sabar je lah....
Untuk pengetahuan kwn2 semua, murid2 syndrome down ni kdg2 ikut mood dorg nk follow arahan kita@tak...memg cikgu2 kna ada tahap kesabaran yg tinggi utk bimbing mereka ni ikut arahan yg diberikan....~
ok...mcmni lah....ikut arahan yg diberikan...gud job!

Ada juga murid yg sporting mcm ni....nama murid ni Adzmirul Ikhwan...dia ni pun kdg2 moody gak...tp pas slowtalk n pujuk n syg2 dia, mcmnilah respon dia klu kita bg arahan...yg penting...SABARRR~~

Lompat zig zag di dlm gelung rotan~

Ok. Yg ni pula arahan: Murid boleh melompat tanpa bantuan ke dlm gelung rotan secara zig zag...
tp, masih lg ada murid yg lgsung tiada keupayaan utk melompat tanpa bantuan guru....

gud job!!! terbaekk....

Xboleh sambut pundi kcg!

Yg ni pula apabila guru memberi arahan kepada murid utk melambung dan menyambut pundi kvg dgn kedua belah tgn! tp murid ni hanya boleh melambung sahaja, tidak boleh menyambut....
~Boleh baling n sambut pundi kcg~
Boleh bam bola...~

Arahan seterusnya ialah murid dikehendaki bam bola mengikut kiraan 5 kali bam....murid yg boleh  buat tanpa bantuan guru akan diberi markah penuh, manakala murid yg gagal akan diberi  '0"...
xboleh baling n pas bola pd kwn....perlu bantuan guru!

Utk pengetahuan kwn2 semua, ada juga murid ini tdk boleh membaling, menyambut bola dan  pas bola pd rakan...semuanya perlu dgn bantuan guru~
Baling gelung ke dalam skitel....gud job~

Baling gelung rotan dalam skitel juga merupakan salah satu  bentuk amali peperiksaan utk murid2 p.khas ini...
~outdoor game : badminton~ xpandai main pun...tp saje just fun~

Murid2 P.Khas ni memg sukakan aktiviti outdoor....kdg2 cikgu perlu bawa mereka belajar di luar kelas...supaya mereka xboring duduk dlm kelas je....yg penting nk bik mood mereka belajar! klu tak seharian moody...tulis xnk...sume xnk....apa yg penting is KESABARAN! hehehe :)


xnak lompat....jalan di dlm gelung rotan...tdk mengikut arahan yg telah ditetapkan!








Sunday, 23 October 2011

Ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang guru untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia~


Salam kawan-kawan semua...maaf lama xupdate blog...busy sgt akhir2 ni...mggu peperiksaan belum pun habis lagi....jom kita kongsi info yang ini plak pada kali ini.... hope dapat menambahkan pengetahuan kita bersama....selamat membaca~


1.0  PENDAHULUAN 
2.0  Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu. 
2.0 CIRI-CIRI GURU BERKUALITI 
Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah: 
2.1  Bertindak sebagai penyebar ilmu
Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. 
2.2  Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model 
Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. 
2.3  Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu 
Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.
2.4  Mengamalkan kemahiran profesional 
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia). 
2.5  Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan 
Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).
2.6  Mengamalkan pengajaran efektif 
Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. 
2.6.1        Perancangan pengajaran 
Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. 
2.6.2        Pelaksanaan pengajaran 
Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. 
2.6.3        Penilaian pengajaran 
Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.
3.0  KESIMPULAN 
Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Tuesday, 18 October 2011

~Murid2 "Syndrome Down"ku~

salam semua...bertemu lagi .... dah lama tak update status...sdg mencari2 bahan yg sesuai utk dikongsi bersama di sini.... oh yea, kali ni saya ingin berkongsi kategori murid2 pendidikan khas saya yg terdiri drpd pelbagai masalah pembelajaran...antaranya 'Syndrome Down'... jom kita kongsi GELAGAT, RAGAM, TELATAH mereka...yg bg saya sgt menghiburkan.... moga dpt berkongsi maklumat dengan semua kawan2....check it out~

Hamshalaxmi ( 9tahun )

Naemah ( 9tahun)

Mohd Nazhan ( 7tahun )

Mohd Lokman Hakim ( 10tahun )

David Teo~hehehe...bukan...David je!

Adzmirul Ikhwan ( 11tahun )

Abd Hadi ( 11tahun )

Paul ~ exam yg dibantu sepenuhnya oleh PPM

gaya tersendiri oleh Danial

jari murid2 'syndrome down'

antara hasil kerja murid syndrome down

perbezaan lidah murid syndrome down dengan murid normal

both of them~

nk jugak bergambar yea~

with David Teo~hehehe

very2 best friend~

Ciri-ciri murid Down Syndrome

Masalah-masalah perkembangan individu sejak dilahirkan, masa kanak-kanak, remaja hingga dewasa merupakan masalah yang menarik untuk disimak. Tidak semua individu mengalami perjalanan yang mulus dalam menjalani kehidupan akan datang, ada juga yang mengalami masalah dalam tumbuh kembangnya. Masalah tersebut ada yang berhubungan dengan tingkah laku yang berhubung dengan masalah kesehatan akal (mental retardation) dan juga ketidakmampuan dalam pembelajaran (learning disabilities).
Apa itu Down Syndrom ?
Down Syndrom disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bagan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Selain itu down syndrom disebabkan oleh hasil daripada penyimpangan kromosom semasa konsepsi.
Ciri utama daripada bentuk ini adalah dari segi struktur muka dan satu atau ketidakmampuan fisik dan juga waktu hidup yang singkat. 
Sebagai perbandingan, bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) yaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sedangkan bayi dengan penyakit down syndrom terjadi disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom.Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).
Apakah yang menyebabkan Down Syndrom ?
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun keatas, semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Down Syndrom. Sembilan puluh lima penderita down syndrom disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "
non-dysjunction" kromosom yang terlibat yaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna.
Di kalangan 5 % lagi, kanak-kanak down syndrom disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom.
Mekanisme ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil down syndrom disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".
Apakah ciri-ciri Down Syndrom ?
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fisikal yang unik :
  • Sifat pada kepala, muka dan leher : Mereka mempunyai paras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam.
    Ukuran mulut adalah kecil dan ukuran lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjulur. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak lebar dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.
  • Sifat pada tangan dan lengan : Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".
  • Sifat pada kaki : Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.
  • Sifat pada otot : Kanak-kanak down syndrom mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar. Masalah-masalah yang berkaitan Kanak-kanak down syndrom mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalam terutama sekali jantung dan usus.
Masalah Jantung :
  • Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) yaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) yaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak down syndrom boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.




Friday, 14 October 2011

Pertandingan Rekacipta Bendera Kumpulan Perkhemahan P.Khas 2011

Salam semua...dah lama rasanya xupdate status  di blog saya ni.... hari ini saya mendapat private message daripada pensyarah TM iaitu Cik Emily...Beliau menasihatkan saya agar saya menambah baik lagi blog saya ini dengan berkongsi aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama-sama dengan murid P.Khas di sekolah saya. I'Allah saya akan berkongsi dengan semua dengan kawan-kawan semua tentang aktiviti yang dijalankan bersama dengan murid-murid P.Khas ini... semoga anda terhibur dengan gmbr2 dan aktiviti2 yang akan saya kongsikan di sini....dan moga ia menjadi panduan untuk kita semua....have a nice day!... chill ya...~

Kumpulan Saga

Kumpulan Wira

Kumpulan Alza
Kumpulan Viva

Monday, 10 October 2011

Pertandingan rekacipta pakaian dr bahan terbuang Perkhemahan PPKI

Salam...
haiii sumer...hrni saya uploadkn lg gmbr2 aktiviti perkhemahan tahunan p.khas yg sek saya adakan.... jom check it out~.....hope u alls enjoy ya!
Ketua Perkhemahan

Kumpulan Alza

gabungan kumpulan

modeling bahan terbuang

siap de model pengantin lg~terbaekkk~

robot masa depan...hehehe

apa yg di skodeng tu?

amacam??? ada brani???~

Perkhemahan Tahunan P.Khas 2011

Salam..
Hari ini saya upload gambar2 latest perkhemahan p.khas yg saya janjikan tu.... hope u alls enjoy a pics ye!
Cikgu dan murid sdg mendirikan khemah

dh siap pun...tggl nk hias khemah je...

bertungkus lumus menghiasi khemah masing2

apa yg penting??? kerjasama~

Malaysiaku !

cikgu buatlogo bendera kumpulan

Sunday, 9 October 2011

Perkhemahan Tahunan P.Khas 2011

Salam semua...
Hari ini saya baru selesai aktiviti perkhemahan di sekolah bersama-sama dengan murid-murid pendidikan khas saya yg sgt saya sayangi.... :)...letihnya hanya tuhan yg tahu...tp disebabkan amanah yg diberikan saya bersama rakan2 yg lain turut serta bg menjayakan perkhemahan tahunan ini...dan akhirnya....alhamdulillah..... selesai dengan jayanya.... gambar nnt saya uploadkn yea utk tatapan rakan2 semua.... ~ :)

lagu senamrobik murid-murid P.Khas

Thursday, 6 October 2011

Stesyen Pengurusan Diri Pendidikan Khas

Loker Murid P.Khas

Rak kasut murid2 P.Khas

Bilik Guru PPKI

BBM yg disediakan

BBM Pengurusan Diri

BBM~latihan mengikat tali kasut

BBM~ memasang klip

BBM~ zip

BBM~ cara mengikat riben

latihan membutang 

jom kita dress up bear ni....meningkatkan kemahiran motor murid

BBM

Stesyen Pengurusan Diri

BBM lg~
~Salam. Hari ini saya akan upload gambar2 kelas/stesyen pengurusan diri bagi Pendidikan Khas. Berikut juga turut di uploadkan gmbr2 bahan bantu mengajar yg digunakan utk meningkatkan kemahiran motor murid2 Pendidikan Khas ini... jom kita share ye! chill ya~